CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday 22 March 2013

Tahniah bohati. ;)

Assalamualaikum w.b.t.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana diberikan kesempatan utk menunaikan tanggungjawab di muka bumiNya ini lagi. Minggu ni dan minggu-minggu seterusnya bakal merasai kesesakan hari dimana, segala mcm bnde akn dilakukan pada waktu tuu jugak. Mcm dah pegang tanggungjawab besar je bunyi nye kn? Hehe.

Okay, sbnrnye ade motif lain jugak aku buat entri ni. Haaaa, selasa yg lepas baru ni entri hari tuu pnyela sedih bagai sbb aku cerita yg aku tak dpt nk tgk Incik Hati konvo. Tapi dlm sesedih tuu, Incik Hati sedaya upaya memikirkan the best way sbb aku nk sgt pegi. Dan akhirnya...



Tahniah diatas segulung diploma yang awak pegang sayang. Semoga awak sentiasa sukses dan maju di masa hadapan. Apa yg awak perolehi hari ini adalah hasil dari titik peluh awak yg selama ni sedaya upaya berusaha untuk mencapainya. Mudah-mudahan, segala yang awak hajati bakal tercapai, InsyaAllah... :)

P/S: Rmi budak poli yg dah konvo, aku jugak entah ble la poli nk adakan MAJLIS KONVOKESYEN. Lame bebenor menunggunyeee....

Thursday 14 March 2013

Selamat Berkonvo Bohati.

Assalamualaikum w.b.t.

Hurmm... Hari ni nk cerita apa ye sbnrnye? Takde ape sgt cuma...


Nmpk tak topi yg bertebangan ni? Haaaa, bohati punya hari konvo dah nk smpi. Nk sgt pergi tapi unfortunately, ade beberapa perkara yg tak dapat dielakkan membuatkan aku tak boleh pergi. Sedih, sbb dari masa belajar lagi mmg aim nk pergi. Huhu. Taknak cerita panjang2 la nnti teringat2 tak dpt pergi. :')

Tahniah diatas kejayaan yang awak kecapi Mohd Shah Aidil. Kejayaan ini merupakan hasil dari usaha awak yang tidak pernah putus ketika masih belajar dulu. Sentiasa berusaha utk terus berjaya di masa akan datang ye. :( Tiba2 saya pulak yg terasa hiba. Selamat Berkonvo awak!

Sunday 10 March 2013

Ciri-Ciri Wanita yang Cantik.

Assalamualaikum w.b.t.

Sdg2 membelek google, tbe2 trjumpe artikel ni ; 7 Ciri-ciri wanita yang Cantik. Sungguh cantik ayat dia. Terharu membacanya dan terus c&p utk tatapan sendiri serta kengkawan blogger. :)

1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.
seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya. Sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN.
Percaya atau tidak kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.Kenapa? kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya. Alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.

3) TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS.
Bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis. Dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.
Tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.

4) TABAH DI SAAT TERHINA.
Setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia. Tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.
Ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.

5) MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN.
Bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.
Namun bagi seorang wanita yang cantik itu, kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya. Kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah. Subhanallah.

6) MENGASIHI TANPA BALASAN.
Kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.
Kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus. Malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.

7) BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILAHI.
Dia hanya berharap kepada YANG ESA dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.
Wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang. Suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.

Bukan senang kita nk contohi 7 perkara di atas ni kn? Tapi yg penting, jadikan ketujuh2 ini sebagai azam dan insyaAllah, kita mampu memperolehi ciri2 ni. Tawakal dan doa pun jgn lupa ye. ;)

P/S: Tbe2 nk selit cerita smlm sikit la. Al cadangannya nk mkn steambot dkt sec 28. Pginye tu, bohati dah pesan dah 'nnti amek alamat tmpt tu.' Aku pn 'haah, nnti org amek.' Tbe2 dah otw nk pgi, bohati tny 'awk ade amek tak alamat tu?' Serta merta jwb, 'alamakkk awk, lupa...' Dah gabra gle dah. Tpi bohati ttp berusaha bersungguh-sungguh cri tmpt tu. Mgkin takde rezeki, tempat tu tidak dijumpai. At last, kami mkn yong taufu di uptown shah alam. Hehe. Anyway, thanks to bohati sbb dlm geram2 die tuu, die seboleh2nye nk jugak cri kedai steambot yg lain. :D <3 YOU!

Thursday 7 March 2013

Seminggu di SINI

Assalamualaikum w.b.t.

Lmenyela rse tak menaip di blog ni. Terasa rindu pulak nk menekan2 keyboard ni hahhh. Al maklumlah, skrg ni kje jarang dah pki PC. Sume jenis nk tulisan tangan yg cacing kerawit tuu je. Naik lenguh jugak la tgn ni dok menulis je. Blh dikatakan seharian memegang pen dan menulis. Apepun, dah itu kewajipan kita sbgi seorang pekerja kn? Tak boleh la nk merungut. Kerja kena ikhlas, baru lah terasa kenikmatan bekerja tu. :-p

Masuk hari esok, genaplah seminggu aku berada di tempat baru. Setakat ni, kerja sume takde masalah. Sumenye blh dikatakan kerja mampu buat. Ade le se dua yg kdg2 tuu aku rse knpelah department aku ni tak amek sorg laki utk buat kje2 berat. Contoh lerja berat tuu, mcm agkat file. Okay, maybe korg fikir 'hek eleh, fail je kot ape yg beratnye...' File tuu takkan berat klu ade sehelai 2 je kertas dlm tuu. Tpi die akn jdi berat bile ade sebelambakan kertas dlm tuu okay. 2 hari aku buat filing rse lenguh2 sendi. Dah bdn cenggini je. Senior department aku tuu pun perempuan jugak. Lagi kecik dari aku dan sme besar dgn aku. Dpt pulak jenis aku, tak suka buat kje byk2 kali. Selagi boleh aku agkt byk2 file tu. Sekali agkt file tuu rse mcm nk surrender dah pn ada. Hahaha, kononnye nk cepat siap dan taknak buat lagi. Padahal, setiap awl bulan dgn hujung bulan aku akn berdepan dgn situasi ni lagi. Redah aje la.... Selagi daya, akn ku turut kan jua. :D

So, pagi aku akn menghadap sebegitu byk file dan cheque. Ptg pulak, dtg lah sakit2 kepala lepas sengal2 bdn angkat file kn. Tpi, dlm byk2 benda aku paling suka buat kje yg petang ni. Knp? Sbb kerja yg aku buat ni merupakan subjek kegemaran aku waktu kt poli dulu. Hahaha. Bru2 lagi tak bape byk sgt. Seronok je rase buat. Tgk lah kang dah selalu ngadap, selalu sakit kepala, mau fedup jgk.

Papepun, setiap tempat kerja tuu ade kelebihan dan kekurangannya. Yang penting niat kita tuu. InsyaAllah, kita akn rasa seronok je buat kerja walaupun kne marah teruk. Heeeee. Aku pn ade pengalaman jugak psl kne marah ni kt tmpt skrg tpi tak rse mcm nk cerita lah. Hahaha, nnti2 lah sambung. :)

P/S: Ohh bohati... Sudikah kome membawa mike ke Fraser Hill? Waaahhhhh, gitu kn. Kerlassss sgt. Hahaha. Gurau je wakk... *kenyit mata* ;)

Monday 25 February 2013

Sesi luahan sesaje. ;)

Assalamualaikum w.b.t.

Sbnrnye hari ni letih sgt dan kebiasaanya hari2 bekerja ni mmg takde mse utk update blog. But then, tbe2 rse nk sgt berceloteh kt cni. So, aku decide nk la menaip ckit. Hahaha, takdelah menaip sgt sbrnye. Lebih kpd nk upload pic print screen. :-p

Jumaat ni dah pn masuk bulan 3. Semoga hari jumaat yg penuh berkat dpt memberi 1001 impak yg postif dlm diri aku. Skrg ni, nk more fokus dkt kerja dan future. Wahhhh, kerlass kn ayat die. ;) Knp aku libatkan masa depan? Sbb umur kite ni makin hari makin bercambah. Bile lagi nk memikiorkn mase dpn klu idak sekarang... Ye dakk? Hehe. Tpi nk fokus trhadap perancangan di mse hdpn ni pun memerlukan pemikiran yg sgt luas sbnrnye. Aku decide untuk azam bulan 3 ni, nk jadi budak baik ever. Ahahh! Sgt cooliaaawwww. :D Ape yg penting, mesti kne cuba dulu. Dpt hasil ke tidak, yg tuu belakang cerita. Semoga jalanku ini dipermudahkan olehNYA...

Haaaa, sbnrnye motif aku berceloteh ni nk memuat naik pic print screen yg aku ckp tdi. Pic spe? Hahaha, takde spe sgt pn tapi nk bgitau betapa....



besarnya sy disitu. Wakaka. :pp

*Sumber diambil dri Instagram bohati dgn captionnye 'budak ni selalu dipaksa mkn bila keluar bersama.' Mmg pun... hahaha, tapi skrg ni sukarela dah habis mkn tanpa sebarang paksaan. ;) <3 you!

Sunday 24 February 2013

Kejadian tidak terduga.

Assalamualaikum w.b.t.

Sekejap sgt dah masuk hari ahad. Rasenye mcm bru je tempuh ahad pada minggu yg lalu. Aktiviti hari ni mungkin mengemas rumah dan berehat je dirumah. Yelah, nk buat ape lgi hujung2 bulan ni. Nk g window shopping kang tak jdi window nye tu. Mau bershopping betul kang. Hahaha.

Sebenarnya aku nk ctekn kejadian yg tidak terduga smlm. Suppose smlm ptg g amek brg dgn bohati dkt KL. Nk dijadikan cerita, kereta yg aku pinjam a.k.a kereta mama yg selama hari ni aku main belasah bawak tak kira meter, breakdown. Punca? Aku tak perasan temp. waktu tu dah smpi habis takuk H. Tau2 je, tekan padel minyak dah mati enjin. Menggelabah skjp even masih blh relax. Dlm hati dah istighfar dah. Mcm2 dah bermain dlm kepala ni. Kang mama nk pegi kje naik ape. Klu sekali naik pagi tu, mau mama pn blk lmbt mcm aku ngn abah blk pulak. Adik2 mcm mne pulak. Sedih jugak ble pk tpi tak berapa menggelabah lagi tau. Then, terus call bohati gtau kereta rosak. Potpetpotpetpotpet, tak smpi 10 minit die smpi dah. Sementara tggu die smpi tu, aku pn bukak la bonet kete dpn tu. Hamboi asap, bukan main. Tak rse gelabah jugak lgi. Dlm otak aku ni pk mungkin jp2 lgi okay la ni. Tggu je asap tu hilang. Hahaha.

Lepas smpi tu, die pun tgk la air. Biasa kes2 mcm ni terjadi bila air dah habis je. Bohati pn isi la air kt ctuu. Mula2 tuu okay je isi2 air. Sekali tibe2, dia punya air tuu membuak2 naik mcm bunga api. Tapi tak tinggi mane la. Lepas tuu, airnye jatuh ke bawah. Terkejut jgk tgk. Terus die call mmbe die tnye. Unfortunately, mmbe die tuu takde kt cni. Nasib baik la ade workshop dkt dpn tuu. Bohati panggil org dtg tgk kereta tuu. Selepas diteliti, radiator tu rupanya dah pecah. Sbb tuu la air jatuh bile kite isi. Nak taknak, kereta kne hantar bengkel dpn tu. Benda tu kena diganti dgn yg bru. Maybe dlm pukul 5.30 p.m. bru boleh siap. Still takde rse gelabah jgk lgi sbb aku pk 'alaaa, lps tuka bnde ni elok la nnti.' Nmpk tak betapa tenangnye aku. Hehehe.

Sementara menantikan kereta siap, p la mkn cendol jap. Borak2 kjp dgn bohati. Waktu tu bru pukul 3.30 p.m. Takkan nk tercongok je tggu kereta kn? Kitorg pn decide p lah amek brg jgk. Dlm pkul 6 p.m. mcm tuu smpi blk kt bengkel. Malangnya, bkn tuu je mslh kete ni. Ade mcm2 mslh sbnrnye bila temp. kereta capai tahap maksima taw. Die pnye enjin problem. Segala mcm problem la. Waktu tu bru rse menggelabah. So, kpd wanita2 yg berkereta tu, sentiasalah cek kereta anda tiap2 minggu utk langkah keselamatan. Dan setiap kali bwk kereta, sesekali tu jejeling temp. tu. Sesetengah perempuan ni asal kereta jln je, okaylah kereta tu. Mcm aku ni ha. Hehe. *remind to diri sendiri jugak.*

Bincang pnye bincang dgn pomen tuu, aku nk jgk kereta tu dibwk blk ke rumah. Biarlah abah pn tahu keadaan kereta ni. Mane tau, lepas ni blh dpt kereta baru ke. Huahuahua. :-p So, bohati pn follow lah dri belakang sbb risau tbe2 temp. naik tbe2. Dlm perjalanan nk blk tu, mmg aku kurangkan tekan padel minyak sbb risau kn temp. ni. Bwkla 20 je spnjang jln. Ble bohati tgk temp. xnaik, die suh bwk p 40 pulak. Mcm tuu la seterusnya smpila waktu turun dari bukit kn kne tekan padel minyak kn, waktu tu tempt naik setengah. Terus bgitau bohati. Berhenti kjp isi air. Still membuak2 air tu. Waktu aku dgar pomen tu ckp, air tu tendang balik. Haaaaa, mcm tuu la situasi die.

Lepas dri isi air tuu, terus bwk 80 bia cpt sikit smpi rumah sbb dah nk waktu maghrib. Alhamdulillah, smpi jugak kt rumah. Smpi2 je terus cte dgn mama psl kete, mama boleh bantai gelak sbb sblm ni mmg dah tau dah kete akn buat hal. Tpi time kete buat hal tu dtg kt aku. Nk taknak kenala hadapi jugak. :)

P/S: Thank you so much syg sbb awk sentiasa ada tak kira susah dan senang. Sy doakan agar awk dpt berita baik minggu depan. :) Dpt je terus celebrate. Haha, boleh tak mcm tu?. Love you forever! <3

Sunday 17 February 2013

Kegigihan seorang peniaga

Assalamualaikum w.b.t.

Lame sgt je rsenye tak menaip kt cni. Bz sgt ke? Eh, tidaklah. Cuma terlalu penat dgn tugasan seharian. Hehe. Umur muda lgi dah mengeluh penat ye. ;pp

Okay, hari ni cuma ade 1 bnda je yg aku nk cerita, pasal kedai online. Haaaa, mende plk nih? Haha, ni la kerja kedua aku selepas kerja pertama aku di ofis. Kerja kedua ni tak perlukn modal yg besar pn cuma ketahanan mental dan fizikal yg tinggi amat diperlukan utk kerja ni. Skrg ni aku dpt rse mcm mne peniaga2 online ni meniagakan sesuatu produk. Sejak aku bkk kedai online ni mcm2 bnda yg aku belajar. Yg paling penting sekali, MUKA kena TEBAL beb. Klu blh pki tepung ape2 brand pn tak kisah dlm 5 hingga 6inci. Nk mempromosikan sesuatu produk tuu bukanlah sesuatu perkara yg mudah. Byk group yg aku follow dan diinvite utk follow. Aku fhm knp ade byk sgt group yg invite2 kite ni sbbnye bila kte masuk satu2 group tuu, bila kita nk beriklan ID diperlukan. Dah tu, nk dpt ID kne buat bnde yg auto invite tuu. Sbb tuu lah kwn2 FB korg ataupun korg sendiri terjebak kedalam group tuu. Dan, for those yg tak suke bnde alah tu, korg blh remove sebenarnya. Aku tau kdg2 tuu mgkin korg semak dgn bnde2 ni. Tpi cm yg aku mention kt ats ni la. Bnde tuu trjadi bkn diatas kemahuan diri org yg invite korg tuu.

Lagi sekali, aku bgi pihak FB ku ingin meminta maaf byk2 dgn korg yg dpt group invitation dari aku. :) Jgn lah psl ni smpi nk bermasam muka ke benda. Small matter je, tak perlu nk mkn dlm sgt. Hahaha, ingatkn diri sendiri jgk ni. :D

P/S: Sesiapa yg ade FB tuu, meh jenguk2 kedai online ku 'Shabil Shoppe' yg menawarkan pelbagai jenis pakaian terkini dan produk kesihatan yg anda cari selama ini. Dgn harga yg ditawarkn, anda pasti tidak akn menyesal memiliknya. :)
Cewahhhhh. Hehe. Hari ni amek stok tudung dgn bohati a.k.a business partner sambil ditunjukkan sekali jln nk ke sana. Lepas ni, jrg ditemani sbb bohati pn sibuk dgn kerjanya. Dpt jugak mkn prosperity idaman die tuu ye. Dan yg paling penting Char Kuey Teow Klg paling SODAP! Hahaha (gelak jahat) ;)

Friday 8 February 2013

New mission

Assalamualaikum w.b.t.

Wahhhhh, rindunye nk mengupdate dkt blog ni. Byk sbnrnye cte yg aku nk buat tpi mse itu teramatlah mencemburui. Hahaha, tpi blk sempat je melayan RM dlu, bru la msuk tidur. :) Rsenye mcm bru je masuk bulan 2, tpi dah nk smpi raye cina dah. Gong Xi Fa Chai ye kpd sume kengkawan cina.

Selasa bru ni aku ade pgi 1 interview dkt Klg. Tmpt ni siyes dkt sgt dgn rumah aku. Syarikat tu biarlah rahsia. Hny mereka yg terdekat shj yg mengetahuinya. Huhu. So, wktu interview 2 bos ni mcm nk amek kje, mcm tanak amek kje pn ade. Dan, persoalan ni terjawab jgk hari ni. Next month bru msuk. Waktu tak dpt lgi kje ni aku beria nk sbb kje ni dkt dgn rumah. Aku tak perlu nk travel jauh sgt. Then ble dah tau dpt, tbe2 rse mcm mmpu ke aku bkrja kt sne sdgkn persekitaran aku kt tmpt kje yg skrg ni so cool. Knp cool? Sbb officemate2 aku yg senior kt cni sgtlah tak kedekut ilmu. Sibuk mcm mne pn diorg dgn rentas ke, priority ke atau urgent, msti diorg akn jwb sume soalan yg aku tny. Lgi2, buddy aku yg dri 1st day aku masuk smpilah skrg tak pernah jemu jwb soalan yg aku tnye. Thanks a lot to her. Nnti kte blnje akk mkn eh. ;) Tpi disebabkan beberapa kekangan yg tidak mmpu utk dielak, aku terpaksa terima job ni. 1st skali aku kesian sgt dkt abah sbb die slalu kne balik kje lmbt. Gara2 tggu aku blk kje. 2nd thing, aku sgt2 pnt travel jauh ni. Lgi2 waktu blk. Kdg2 tuu berdiri smpila kt stesyen S.Alam.

Kata putus telah diambil. Khamis dpn surat resign akn smpi ke tgn Encik Ted a.k.a supervisor. Hahahaha. Aku xtau knp org pggil die encik ted. Maybe sbb pengaruh cerita A&H kot. :D Will miss Cik Ayumi Nabilla bkn Ayumi Hamasaki taw. Hehe, masuk2 je org slalu ckp name die mcm name jepun. Tpi ade sjrh sbnrnye kt name die tuu. Die ni lah mmbe aku yg slalu tggu aku kt LRT KL Sentral. Wlupn lmbt seminit die msti tggu aku. Such a nice and best officemate.

Okaylah, nnti2 smbung berceloteh. Tata~

P/S: Bohati sgt2 sweet mlm ni. Punyalah die nk knekan kite tpi die yg trkena. Tpi seronok sbnrnye ble kdg2 tuu gurau2. Brulah makin hari makin syg. KATANYE... ;pp Bsk ade misi dgn bohati. Semoga setiap usaha tuu membuahkan hasil. InsyaAllah... Chaiyok syg!

Saturday 26 January 2013

Last Saturday for January 2013

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni dah masuk hari sabtu terakhir dalam bulan 1, 2013. Cepatnye mase berlalu. Rsenye mcm bru smlm start kje tbe2 minggu dpn dah sebulan bekerja. Dulu mama selalu ckp klu dah kje nnti rse mcm skjp je seminggu tuu berlalu. Waktu mama ckp mcm tuu, aku belum lagi kje. So, mmg rse nk habiskan waktu seminggu tuu mcm lme sgt. Nahhh, ble dah kje ni, aku mcm nk sokong 200% je ape yg mama pnah ckpkn dlu. :)

So, entry yg sblm ni aku ade cerita psl azam aku utk bln prtama di tahun 2013 ni kn? Haaaa, ni nk mnceritainye punn lah ni adakah azamku tercapai atau tertinggal di tengah jln. Hahaha. Setakat ni, blh dikatekan tak pernah lmbt gila lagi. Paling lmbt pn seminit dua sbb aku slalu klu smpi KL Sentral tak sah klu tak beli roti coklat kt swiss oven. Roti die yg paling sdp setakat ni yg pernah aku mkn. Org yg mmbeli kdg2 waktu rmi tuu mmg rmi gile org, tpi ble takde org, kjp je. Hahaha, mcm tak phm je ayt ni. :D Train dgn LRT takde mslh pn. Slalunye msti on time waktu aku naik. Kirenye mcm trcapai la jgk kn azam utk bln ni kn? Hehe. ;)

Okay, jumaat dpn akn masuk azam kedua untuk bulan kedua pulak. Tengah nk mencari2 azam ape yg aku tak capai lgi dan aku nk capai. Hehe.

Tata~

P/S: Hari ni mama ckp blk kmpung. Dlm pukul 4 ke 5 ptg nnti gerak tpi 1 ape pn aku tak siapkn lgi. Haaaa, nmpk tak betapa mlsnye aku nk menggerakkn brg2 persiapan nk pulang ke kmpung. Hahaha. Will miss you bohati! TC okay. :*

Sunday 20 January 2013

Beautiful Sunday, ^.^

Assalamualaikum w.b.t.

Dekat seminggu jgk rasenye xberceloteh di blog sndri. Nk kate busy sgt, tak lahhh. Cuma mgkin faktor penat kje kot. Huhu. Mcm buat kje byk je ceritanya. :D Kerja tuu xbyk pn, lebih2 lgi bgi aku yg baru2 ni. Tpi sbb perjalanan nk ke tmpt kerja dan balik krja tuu kot yg buat aku pnt teramat.

Dlm hati ni dah psg 1 niat dimana, klu blh aku nk cri krja yg dkt ckit dgn rumah. Selain dpt menjimatkan kos dari segi perjalanan ke tempat kerja, kepenatan pn mgkin dpt dikurangkan jgk. Hehe. Bru bpe minggu kje dah psg angan2 nk pndah tmpt kje kn. Tak tetap pendirian lgsg aku ni. Hahaha. Bkn ape, mcm2 yg aku rncgkn sbnrnye. Tpi ble kje jauh ni, mcm semua perancangan tuu tpkse difikirkan semula. Kita ni hanya manusia biasa kn, hanya mampu merancang tetapi Yang Maha ESA sahaja yg mampu menentukannya. :)

P/S: Target for next month; Steamboat, Secret Recipe. Mihmihmih. Harap bohati terbaca pls. Hehe. <3

Sunday 13 January 2013

Entry sesuka.

Assalamualaikum w.b.t.

Sekejap je rasenye cuti hujung minggu ni. Besok dah kje balik. Waktu tak dpt kje dulu bukan main lagi nk kje la ape la. Skrg ni dah kje, asyik menunggu hari jumaat je sbb besok dgn lusanye dah cuti. Hehe. Lumrah hidup seorang manusia kan. Bila tak dpt sibuk nk, bila dah dpt dtg mcm2 plk alasan. :)

Tataw lah nk merepek mende hari ni. Lepas siap tlg mama msk lunch hari ni, ttbe rse nk menaip. Tpi aku tataw nk cte mende. Hahaha, blh mcm tuu kn. :D Nk cte psl kje dah cte dah. Nk cte psl cuti pn dah cte jgk. Ermmmm...

Sbnrnye aku ade kje lain nk kne buat sblm masuk ofis bsk tpi feel tuu blm smpi lgi. Nk menaip je, menulis taknak. Tpi bnde tuu klu tak tulis, nnti msti xigt. Haaaa, ble tak igt kang, akn ade la slh dimana2. Katenye nk jdi pekerja contoh, lah sgt kn. Hahaha. Sat2 lgi lah buat. :)

Okaylah, tata~
*Motif sgt! * ;)

P/S: Smlm g mkn sizzling dgn bohati. Die ckp rse sizzling yg skrg dah xsme dgn rse yg sblm ni. Maybe sbb dah tukar org kot. Later, kte try sizzling kt tmpt lain plk ye wak. Hehe.
Cptlah dtg 14/2 kepadaku. Huhu.

Friday 11 January 2013

Pengalaman #2

Assalamualaikum w.b.t.

Wahhhhh, seronoknye bila smpi ke hari jumaat ni sbb bsk dan lusa bercuti. Dptla rerehatkan diri 48 jam ni. :D

Byk bnde sbnrnye yg aku nk cte tpi aku tataw nk start dari mne. Minggu ni sgt relax dkt tmpt krje sbb tak byk dokumen 1 hal and another 1 thing, minggu ni adalah minggu training. So, a bit happy jgk la cme letih waktu takde buat ape tuu sokmo menguap je. Hahaha.

Hari ni pnye training, bos asek aim je. Apehal ntah aku pn tataw. 2 kali aku kne. Waktu tgah perut kosong pulak tuu. Mmg mndpt muka blur gile. Tapi nasib baik bos adlh sorg yg sgt sporting. Even kne aim pn, nmpk mcm bos berkenan dgn karakter aku. Katenye aku ni seoarang yg produktif. Hahaha. Nmpk sgt produktifnye tuu, lagi2 waktu kne ekon yg sejuk gilersss, mmg 'produktif' betul! :)

So, dgn karakter aku ni jgk lah aku ditempat di 1 tmpt yg agak mencuakkan. Smpi pucat2 muka bile ditempatkan dibahagian 'COMPLIANCE'. Seriously, aku mmg seram sgt dgn bhgian ni. Sbbnye adalah, silap je buat 1 dokumen tuu, lagi2 bila dokumen tuu dah smpi ke bahagian 'PROCESSING', cerita die mmg slh tuu akan dtg kt kita. Haaaa, rse mcm diberi tanggungjawab yg besar padahal org lain buat okay je. Nmpk sgt yg kita tak percaya dgn kemampuan diri sendiri kn. ;pp

Starting from next week, dah kne buat dah ape yg bahagian ni buat. Ssh ke sng ke, take it simple and positive. Mesti boleh pnye. Igt 1 bnda je, baik niat kita InsyaAllah segalanya dipermudahkan olehNYA. Amin, mudah-mudahan. :)

P/S: Hari ni bfast dibawak ke lunch, balik je rumah bedal ayam smpi 6 ketul. Mak smpi terkejut, byknye mkn long. Hahaha, lapar sgt!

Saturday 5 January 2013

Pengalaman #1

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat hari bercuti semua! Wahhhh, seronok sgt hari ni sbb dpt merehatkan diri di rumah. Haaaa, knp aku ckp mcm ni? Sbbnye, waktu kerja aku dah bertukar dari masuk pukul 8.45 pagi dah jadi masuk pukul 9.30 pagi dan waktu balik yg sepatutnya pukul 5.45 ptg aku dah keluar ofis dah jdi pukul 6.30 baru nk naik LRT. Haaaa, bayangkanlah pukul berapa plk aku bru smpi rumah kn. Sgt lame rsenye perjalanan blk tuu.

1st day aku masuk, tgk keadaan ofis, mmg mcm tsunami bak kate bos. Hahaha. Mmg ramai gile staff kt department tuu. Pagi tuu kenal2 dgn bos dan bos pn mula membahagikan kitorg yg ade 6org baru msuk ni kpd department2 yg xckup orang. So, aku dpt department yg mmg sgt amat memerlukan ketepatan dan mereka yg produktif. Again, bak kata bos aku jgk. Heeee... :D

Hari tuu cume tgk dan ambik ckit2 note yg diorg aja. Mmg time tuu rase mcm nk menangis je. Disebabkan kwsn dan juga kerja. Byk bnda yg kne igt, kne teliti. Silap2 haribulan slh check, mau kne terminate. Aku dah rse mcm give up pn ade. Haaaa, teghuk beno perangai. ;pp

Masuk 2nd day, ble cuba refresh blk ape yg pernah aku blaja last year, bnda ni lebih kurang sgt sbnrnye. Ade 1 2 incoterm yg En.Firdaus aja yg digunapakai. Tapi seriously, ape yg aku belajar dgn ape yg aku buat mmg byk berbeza. Waktu bljr kita just belajar dan igt kn? Tapi bila kerja, kita kne buat, bljr dan igt. Kdg2 tuu smpi aku trtny2 kt diri sendiri, mampu ke aku buat bnda ni? Tapi, nk tak nak, mesti kne buat. Skrg kerja ssh oii nk cari. Tbe2 dah dpt ko nk lepas mcm tuu je. Mne nk dtg working experience nye kn...

Ape2 pun, aku akn buat yg terbaik utk family and also my future w my future ehem. Hahaha. *ayat ape ni, pening*

Cuti2 pn, hari ni dari pgi tadi aku cuba nk daftar utk SKMM yg RM200 tuu, tapi tak lepas2. Sedih. *tetibe kn* Jwpnnye dari tadi masih ;


Dan masih terus mencuba sehingga kini...

Tuesday 1 January 2013

Selamat memasuki tahun 2013. :)

Assalamualaikum w.b.t.

Wahhhhhh, hari ni merupakan hari pertama bagu tahun 2013. Maka, tirai diri dibuka dgn seluas-luasnya untuk membenarkan azam baru menguasai. Dan sesungguhnya, aku yakin pasti semua orang menginginkan agar azam2 mereka berjaya dicapai dgn jayanya, InsyaAllah. Mudah-mudahan dengan izinnya dan usaha kita. :)

Cerita psl azam ni, aku juga tidak lari dari membina azam baru pada tahun ini. Seriously, aku rasa mcm byk sgt azam2 yg perlu dicapai tetapi mampukah ianya tercapai? Haaaa, sekali lagi, InsyaAllah mampu dengan usaha, berdoa serta bertawakal. :D

Bulan pertama tahun 2013 :
* Dtg awal atau paling lewat mesti kena ngam2 8.45 ke tempat kerja.
Knp aku buat bnda ni sbgi azam? Haaa, sbbnye aku ni seorang yg suka tangguh2kan mase. Sbgi cth, jam dah pukul 8 tapi aku bajet2 mcm pukul 9 tuu sempat lgi sedangkan ade IV pukul 11. Sgt suke melengah2kn mase kan? Heeee.

Yg lain2 tuu, rasenye biarlah diri sendiri je yg tahu. Hehe. Okaylah, selamat malam. ^.^

P/S: Hujung minggu ni, serangan besar-besaran terhadap durian dan cokolatey crepe! Mihmihmih. ;)