CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday 22 March 2013

Tahniah bohati. ;)

Assalamualaikum w.b.t.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana diberikan kesempatan utk menunaikan tanggungjawab di muka bumiNya ini lagi. Minggu ni dan minggu-minggu seterusnya bakal merasai kesesakan hari dimana, segala mcm bnde akn dilakukan pada waktu tuu jugak. Mcm dah pegang tanggungjawab besar je bunyi nye kn? Hehe.

Okay, sbnrnye ade motif lain jugak aku buat entri ni. Haaaa, selasa yg lepas baru ni entri hari tuu pnyela sedih bagai sbb aku cerita yg aku tak dpt nk tgk Incik Hati konvo. Tapi dlm sesedih tuu, Incik Hati sedaya upaya memikirkan the best way sbb aku nk sgt pegi. Dan akhirnya...



Tahniah diatas segulung diploma yang awak pegang sayang. Semoga awak sentiasa sukses dan maju di masa hadapan. Apa yg awak perolehi hari ini adalah hasil dari titik peluh awak yg selama ni sedaya upaya berusaha untuk mencapainya. Mudah-mudahan, segala yang awak hajati bakal tercapai, InsyaAllah... :)

P/S: Rmi budak poli yg dah konvo, aku jugak entah ble la poli nk adakan MAJLIS KONVOKESYEN. Lame bebenor menunggunyeee....

Thursday 14 March 2013

Selamat Berkonvo Bohati.

Assalamualaikum w.b.t.

Hurmm... Hari ni nk cerita apa ye sbnrnye? Takde ape sgt cuma...


Nmpk tak topi yg bertebangan ni? Haaaa, bohati punya hari konvo dah nk smpi. Nk sgt pergi tapi unfortunately, ade beberapa perkara yg tak dapat dielakkan membuatkan aku tak boleh pergi. Sedih, sbb dari masa belajar lagi mmg aim nk pergi. Huhu. Taknak cerita panjang2 la nnti teringat2 tak dpt pergi. :')

Tahniah diatas kejayaan yang awak kecapi Mohd Shah Aidil. Kejayaan ini merupakan hasil dari usaha awak yang tidak pernah putus ketika masih belajar dulu. Sentiasa berusaha utk terus berjaya di masa akan datang ye. :( Tiba2 saya pulak yg terasa hiba. Selamat Berkonvo awak!

Sunday 10 March 2013

Ciri-Ciri Wanita yang Cantik.

Assalamualaikum w.b.t.

Sdg2 membelek google, tbe2 trjumpe artikel ni ; 7 Ciri-ciri wanita yang Cantik. Sungguh cantik ayat dia. Terharu membacanya dan terus c&p utk tatapan sendiri serta kengkawan blogger. :)

1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.
seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya. Sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN.
Percaya atau tidak kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.Kenapa? kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya. Alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.

3) TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS.
Bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis. Dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.
Tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.

4) TABAH DI SAAT TERHINA.
Setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia. Tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.
Ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.

5) MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN.
Bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.
Namun bagi seorang wanita yang cantik itu, kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya. Kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah. Subhanallah.

6) MENGASIHI TANPA BALASAN.
Kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.
Kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus. Malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.

7) BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILAHI.
Dia hanya berharap kepada YANG ESA dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.
Wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang. Suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.

Bukan senang kita nk contohi 7 perkara di atas ni kn? Tapi yg penting, jadikan ketujuh2 ini sebagai azam dan insyaAllah, kita mampu memperolehi ciri2 ni. Tawakal dan doa pun jgn lupa ye. ;)

P/S: Tbe2 nk selit cerita smlm sikit la. Al cadangannya nk mkn steambot dkt sec 28. Pginye tu, bohati dah pesan dah 'nnti amek alamat tmpt tu.' Aku pn 'haah, nnti org amek.' Tbe2 dah otw nk pgi, bohati tny 'awk ade amek tak alamat tu?' Serta merta jwb, 'alamakkk awk, lupa...' Dah gabra gle dah. Tpi bohati ttp berusaha bersungguh-sungguh cri tmpt tu. Mgkin takde rezeki, tempat tu tidak dijumpai. At last, kami mkn yong taufu di uptown shah alam. Hehe. Anyway, thanks to bohati sbb dlm geram2 die tuu, die seboleh2nye nk jugak cri kedai steambot yg lain. :D <3 YOU!

Thursday 7 March 2013

Seminggu di SINI

Assalamualaikum w.b.t.

Lmenyela rse tak menaip di blog ni. Terasa rindu pulak nk menekan2 keyboard ni hahhh. Al maklumlah, skrg ni kje jarang dah pki PC. Sume jenis nk tulisan tangan yg cacing kerawit tuu je. Naik lenguh jugak la tgn ni dok menulis je. Blh dikatakan seharian memegang pen dan menulis. Apepun, dah itu kewajipan kita sbgi seorang pekerja kn? Tak boleh la nk merungut. Kerja kena ikhlas, baru lah terasa kenikmatan bekerja tu. :-p

Masuk hari esok, genaplah seminggu aku berada di tempat baru. Setakat ni, kerja sume takde masalah. Sumenye blh dikatakan kerja mampu buat. Ade le se dua yg kdg2 tuu aku rse knpelah department aku ni tak amek sorg laki utk buat kje2 berat. Contoh lerja berat tuu, mcm agkat file. Okay, maybe korg fikir 'hek eleh, fail je kot ape yg beratnye...' File tuu takkan berat klu ade sehelai 2 je kertas dlm tuu. Tpi die akn jdi berat bile ade sebelambakan kertas dlm tuu okay. 2 hari aku buat filing rse lenguh2 sendi. Dah bdn cenggini je. Senior department aku tuu pun perempuan jugak. Lagi kecik dari aku dan sme besar dgn aku. Dpt pulak jenis aku, tak suka buat kje byk2 kali. Selagi boleh aku agkt byk2 file tu. Sekali agkt file tuu rse mcm nk surrender dah pn ada. Hahaha, kononnye nk cepat siap dan taknak buat lagi. Padahal, setiap awl bulan dgn hujung bulan aku akn berdepan dgn situasi ni lagi. Redah aje la.... Selagi daya, akn ku turut kan jua. :D

So, pagi aku akn menghadap sebegitu byk file dan cheque. Ptg pulak, dtg lah sakit2 kepala lepas sengal2 bdn angkat file kn. Tpi, dlm byk2 benda aku paling suka buat kje yg petang ni. Knp? Sbb kerja yg aku buat ni merupakan subjek kegemaran aku waktu kt poli dulu. Hahaha. Bru2 lagi tak bape byk sgt. Seronok je rase buat. Tgk lah kang dah selalu ngadap, selalu sakit kepala, mau fedup jgk.

Papepun, setiap tempat kerja tuu ade kelebihan dan kekurangannya. Yang penting niat kita tuu. InsyaAllah, kita akn rasa seronok je buat kerja walaupun kne marah teruk. Heeeee. Aku pn ade pengalaman jugak psl kne marah ni kt tmpt skrg tpi tak rse mcm nk cerita lah. Hahaha, nnti2 lah sambung. :)

P/S: Ohh bohati... Sudikah kome membawa mike ke Fraser Hill? Waaahhhhh, gitu kn. Kerlassss sgt. Hahaha. Gurau je wakk... *kenyit mata* ;)

Monday 25 February 2013

Sesi luahan sesaje. ;)

Assalamualaikum w.b.t.

Sbnrnye hari ni letih sgt dan kebiasaanya hari2 bekerja ni mmg takde mse utk update blog. But then, tbe2 rse nk sgt berceloteh kt cni. So, aku decide nk la menaip ckit. Hahaha, takdelah menaip sgt sbrnye. Lebih kpd nk upload pic print screen. :-p

Jumaat ni dah pn masuk bulan 3. Semoga hari jumaat yg penuh berkat dpt memberi 1001 impak yg postif dlm diri aku. Skrg ni, nk more fokus dkt kerja dan future. Wahhhh, kerlass kn ayat die. ;) Knp aku libatkan masa depan? Sbb umur kite ni makin hari makin bercambah. Bile lagi nk memikiorkn mase dpn klu idak sekarang... Ye dakk? Hehe. Tpi nk fokus trhadap perancangan di mse hdpn ni pun memerlukan pemikiran yg sgt luas sbnrnye. Aku decide untuk azam bulan 3 ni, nk jadi budak baik ever. Ahahh! Sgt cooliaaawwww. :D Ape yg penting, mesti kne cuba dulu. Dpt hasil ke tidak, yg tuu belakang cerita. Semoga jalanku ini dipermudahkan olehNYA...

Haaaa, sbnrnye motif aku berceloteh ni nk memuat naik pic print screen yg aku ckp tdi. Pic spe? Hahaha, takde spe sgt pn tapi nk bgitau betapa....



besarnya sy disitu. Wakaka. :pp

*Sumber diambil dri Instagram bohati dgn captionnye 'budak ni selalu dipaksa mkn bila keluar bersama.' Mmg pun... hahaha, tapi skrg ni sukarela dah habis mkn tanpa sebarang paksaan. ;) <3 you!

Sunday 24 February 2013

Kejadian tidak terduga.

Assalamualaikum w.b.t.

Sekejap sgt dah masuk hari ahad. Rasenye mcm bru je tempuh ahad pada minggu yg lalu. Aktiviti hari ni mungkin mengemas rumah dan berehat je dirumah. Yelah, nk buat ape lgi hujung2 bulan ni. Nk g window shopping kang tak jdi window nye tu. Mau bershopping betul kang. Hahaha.

Sebenarnya aku nk ctekn kejadian yg tidak terduga smlm. Suppose smlm ptg g amek brg dgn bohati dkt KL. Nk dijadikan cerita, kereta yg aku pinjam a.k.a kereta mama yg selama hari ni aku main belasah bawak tak kira meter, breakdown. Punca? Aku tak perasan temp. waktu tu dah smpi habis takuk H. Tau2 je, tekan padel minyak dah mati enjin. Menggelabah skjp even masih blh relax. Dlm hati dah istighfar dah. Mcm2 dah bermain dlm kepala ni. Kang mama nk pegi kje naik ape. Klu sekali naik pagi tu, mau mama pn blk lmbt mcm aku ngn abah blk pulak. Adik2 mcm mne pulak. Sedih jugak ble pk tpi tak berapa menggelabah lagi tau. Then, terus call bohati gtau kereta rosak. Potpetpotpetpotpet, tak smpi 10 minit die smpi dah. Sementara tggu die smpi tu, aku pn bukak la bonet kete dpn tu. Hamboi asap, bukan main. Tak rse gelabah jugak lgi. Dlm otak aku ni pk mungkin jp2 lgi okay la ni. Tggu je asap tu hilang. Hahaha.

Lepas smpi tu, die pun tgk la air. Biasa kes2 mcm ni terjadi bila air dah habis je. Bohati pn isi la air kt ctuu. Mula2 tuu okay je isi2 air. Sekali tibe2, dia punya air tuu membuak2 naik mcm bunga api. Tapi tak tinggi mane la. Lepas tuu, airnye jatuh ke bawah. Terkejut jgk tgk. Terus die call mmbe die tnye. Unfortunately, mmbe die tuu takde kt cni. Nasib baik la ade workshop dkt dpn tuu. Bohati panggil org dtg tgk kereta tuu. Selepas diteliti, radiator tu rupanya dah pecah. Sbb tuu la air jatuh bile kite isi. Nak taknak, kereta kne hantar bengkel dpn tu. Benda tu kena diganti dgn yg bru. Maybe dlm pukul 5.30 p.m. bru boleh siap. Still takde rse gelabah jgk lgi sbb aku pk 'alaaa, lps tuka bnde ni elok la nnti.' Nmpk tak betapa tenangnye aku. Hehehe.

Sementara menantikan kereta siap, p la mkn cendol jap. Borak2 kjp dgn bohati. Waktu tu bru pukul 3.30 p.m. Takkan nk tercongok je tggu kereta kn? Kitorg pn decide p lah amek brg jgk. Dlm pkul 6 p.m. mcm tuu smpi blk kt bengkel. Malangnya, bkn tuu je mslh kete ni. Ade mcm2 mslh sbnrnye bila temp. kereta capai tahap maksima taw. Die pnye enjin problem. Segala mcm problem la. Waktu tu bru rse menggelabah. So, kpd wanita2 yg berkereta tu, sentiasalah cek kereta anda tiap2 minggu utk langkah keselamatan. Dan setiap kali bwk kereta, sesekali tu jejeling temp. tu. Sesetengah perempuan ni asal kereta jln je, okaylah kereta tu. Mcm aku ni ha. Hehe. *remind to diri sendiri jugak.*

Bincang pnye bincang dgn pomen tuu, aku nk jgk kereta tu dibwk blk ke rumah. Biarlah abah pn tahu keadaan kereta ni. Mane tau, lepas ni blh dpt kereta baru ke. Huahuahua. :-p So, bohati pn follow lah dri belakang sbb risau tbe2 temp. naik tbe2. Dlm perjalanan nk blk tu, mmg aku kurangkan tekan padel minyak sbb risau kn temp. ni. Bwkla 20 je spnjang jln. Ble bohati tgk temp. xnaik, die suh bwk p 40 pulak. Mcm tuu la seterusnya smpila waktu turun dari bukit kn kne tekan padel minyak kn, waktu tu tempt naik setengah. Terus bgitau bohati. Berhenti kjp isi air. Still membuak2 air tu. Waktu aku dgar pomen tu ckp, air tu tendang balik. Haaaaa, mcm tuu la situasi die.

Lepas dri isi air tuu, terus bwk 80 bia cpt sikit smpi rumah sbb dah nk waktu maghrib. Alhamdulillah, smpi jugak kt rumah. Smpi2 je terus cte dgn mama psl kete, mama boleh bantai gelak sbb sblm ni mmg dah tau dah kete akn buat hal. Tpi time kete buat hal tu dtg kt aku. Nk taknak kenala hadapi jugak. :)

P/S: Thank you so much syg sbb awk sentiasa ada tak kira susah dan senang. Sy doakan agar awk dpt berita baik minggu depan. :) Dpt je terus celebrate. Haha, boleh tak mcm tu?. Love you forever! <3

Sunday 17 February 2013

Kegigihan seorang peniaga

Assalamualaikum w.b.t.

Lame sgt je rsenye tak menaip kt cni. Bz sgt ke? Eh, tidaklah. Cuma terlalu penat dgn tugasan seharian. Hehe. Umur muda lgi dah mengeluh penat ye. ;pp

Okay, hari ni cuma ade 1 bnda je yg aku nk cerita, pasal kedai online. Haaaa, mende plk nih? Haha, ni la kerja kedua aku selepas kerja pertama aku di ofis. Kerja kedua ni tak perlukn modal yg besar pn cuma ketahanan mental dan fizikal yg tinggi amat diperlukan utk kerja ni. Skrg ni aku dpt rse mcm mne peniaga2 online ni meniagakan sesuatu produk. Sejak aku bkk kedai online ni mcm2 bnda yg aku belajar. Yg paling penting sekali, MUKA kena TEBAL beb. Klu blh pki tepung ape2 brand pn tak kisah dlm 5 hingga 6inci. Nk mempromosikan sesuatu produk tuu bukanlah sesuatu perkara yg mudah. Byk group yg aku follow dan diinvite utk follow. Aku fhm knp ade byk sgt group yg invite2 kite ni sbbnye bila kte masuk satu2 group tuu, bila kita nk beriklan ID diperlukan. Dah tu, nk dpt ID kne buat bnde yg auto invite tuu. Sbb tuu lah kwn2 FB korg ataupun korg sendiri terjebak kedalam group tuu. Dan, for those yg tak suke bnde alah tu, korg blh remove sebenarnya. Aku tau kdg2 tuu mgkin korg semak dgn bnde2 ni. Tpi cm yg aku mention kt ats ni la. Bnde tuu trjadi bkn diatas kemahuan diri org yg invite korg tuu.

Lagi sekali, aku bgi pihak FB ku ingin meminta maaf byk2 dgn korg yg dpt group invitation dari aku. :) Jgn lah psl ni smpi nk bermasam muka ke benda. Small matter je, tak perlu nk mkn dlm sgt. Hahaha, ingatkn diri sendiri jgk ni. :D

P/S: Sesiapa yg ade FB tuu, meh jenguk2 kedai online ku 'Shabil Shoppe' yg menawarkan pelbagai jenis pakaian terkini dan produk kesihatan yg anda cari selama ini. Dgn harga yg ditawarkn, anda pasti tidak akn menyesal memiliknya. :)
Cewahhhhh. Hehe. Hari ni amek stok tudung dgn bohati a.k.a business partner sambil ditunjukkan sekali jln nk ke sana. Lepas ni, jrg ditemani sbb bohati pn sibuk dgn kerjanya. Dpt jugak mkn prosperity idaman die tuu ye. Dan yg paling penting Char Kuey Teow Klg paling SODAP! Hahaha (gelak jahat) ;)