CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday 22 March 2013

Tahniah bohati. ;)

Assalamualaikum w.b.t.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana diberikan kesempatan utk menunaikan tanggungjawab di muka bumiNya ini lagi. Minggu ni dan minggu-minggu seterusnya bakal merasai kesesakan hari dimana, segala mcm bnde akn dilakukan pada waktu tuu jugak. Mcm dah pegang tanggungjawab besar je bunyi nye kn? Hehe.

Okay, sbnrnye ade motif lain jugak aku buat entri ni. Haaaa, selasa yg lepas baru ni entri hari tuu pnyela sedih bagai sbb aku cerita yg aku tak dpt nk tgk Incik Hati konvo. Tapi dlm sesedih tuu, Incik Hati sedaya upaya memikirkan the best way sbb aku nk sgt pegi. Dan akhirnya...



Tahniah diatas segulung diploma yang awak pegang sayang. Semoga awak sentiasa sukses dan maju di masa hadapan. Apa yg awak perolehi hari ini adalah hasil dari titik peluh awak yg selama ni sedaya upaya berusaha untuk mencapainya. Mudah-mudahan, segala yang awak hajati bakal tercapai, InsyaAllah... :)

P/S: Rmi budak poli yg dah konvo, aku jugak entah ble la poli nk adakan MAJLIS KONVOKESYEN. Lame bebenor menunggunyeee....

Thursday 14 March 2013

Selamat Berkonvo Bohati.

Assalamualaikum w.b.t.

Hurmm... Hari ni nk cerita apa ye sbnrnye? Takde ape sgt cuma...


Nmpk tak topi yg bertebangan ni? Haaaa, bohati punya hari konvo dah nk smpi. Nk sgt pergi tapi unfortunately, ade beberapa perkara yg tak dapat dielakkan membuatkan aku tak boleh pergi. Sedih, sbb dari masa belajar lagi mmg aim nk pergi. Huhu. Taknak cerita panjang2 la nnti teringat2 tak dpt pergi. :')

Tahniah diatas kejayaan yang awak kecapi Mohd Shah Aidil. Kejayaan ini merupakan hasil dari usaha awak yang tidak pernah putus ketika masih belajar dulu. Sentiasa berusaha utk terus berjaya di masa akan datang ye. :( Tiba2 saya pulak yg terasa hiba. Selamat Berkonvo awak!

Sunday 10 March 2013

Ciri-Ciri Wanita yang Cantik.

Assalamualaikum w.b.t.

Sdg2 membelek google, tbe2 trjumpe artikel ni ; 7 Ciri-ciri wanita yang Cantik. Sungguh cantik ayat dia. Terharu membacanya dan terus c&p utk tatapan sendiri serta kengkawan blogger. :)

1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.
seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya. Sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN.
Percaya atau tidak kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.Kenapa? kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya. Alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.

3) TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS.
Bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis. Dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.
Tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.

4) TABAH DI SAAT TERHINA.
Setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia. Tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.
Ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.

5) MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN.
Bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.
Namun bagi seorang wanita yang cantik itu, kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya. Kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah. Subhanallah.

6) MENGASIHI TANPA BALASAN.
Kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.
Kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus. Malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.

7) BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILAHI.
Dia hanya berharap kepada YANG ESA dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.
Wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang. Suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.

Bukan senang kita nk contohi 7 perkara di atas ni kn? Tapi yg penting, jadikan ketujuh2 ini sebagai azam dan insyaAllah, kita mampu memperolehi ciri2 ni. Tawakal dan doa pun jgn lupa ye. ;)

P/S: Tbe2 nk selit cerita smlm sikit la. Al cadangannya nk mkn steambot dkt sec 28. Pginye tu, bohati dah pesan dah 'nnti amek alamat tmpt tu.' Aku pn 'haah, nnti org amek.' Tbe2 dah otw nk pgi, bohati tny 'awk ade amek tak alamat tu?' Serta merta jwb, 'alamakkk awk, lupa...' Dah gabra gle dah. Tpi bohati ttp berusaha bersungguh-sungguh cri tmpt tu. Mgkin takde rezeki, tempat tu tidak dijumpai. At last, kami mkn yong taufu di uptown shah alam. Hehe. Anyway, thanks to bohati sbb dlm geram2 die tuu, die seboleh2nye nk jugak cri kedai steambot yg lain. :D <3 YOU!

Thursday 7 March 2013

Seminggu di SINI

Assalamualaikum w.b.t.

Lmenyela rse tak menaip di blog ni. Terasa rindu pulak nk menekan2 keyboard ni hahhh. Al maklumlah, skrg ni kje jarang dah pki PC. Sume jenis nk tulisan tangan yg cacing kerawit tuu je. Naik lenguh jugak la tgn ni dok menulis je. Blh dikatakan seharian memegang pen dan menulis. Apepun, dah itu kewajipan kita sbgi seorang pekerja kn? Tak boleh la nk merungut. Kerja kena ikhlas, baru lah terasa kenikmatan bekerja tu. :-p

Masuk hari esok, genaplah seminggu aku berada di tempat baru. Setakat ni, kerja sume takde masalah. Sumenye blh dikatakan kerja mampu buat. Ade le se dua yg kdg2 tuu aku rse knpelah department aku ni tak amek sorg laki utk buat kje2 berat. Contoh lerja berat tuu, mcm agkat file. Okay, maybe korg fikir 'hek eleh, fail je kot ape yg beratnye...' File tuu takkan berat klu ade sehelai 2 je kertas dlm tuu. Tpi die akn jdi berat bile ade sebelambakan kertas dlm tuu okay. 2 hari aku buat filing rse lenguh2 sendi. Dah bdn cenggini je. Senior department aku tuu pun perempuan jugak. Lagi kecik dari aku dan sme besar dgn aku. Dpt pulak jenis aku, tak suka buat kje byk2 kali. Selagi boleh aku agkt byk2 file tu. Sekali agkt file tuu rse mcm nk surrender dah pn ada. Hahaha, kononnye nk cepat siap dan taknak buat lagi. Padahal, setiap awl bulan dgn hujung bulan aku akn berdepan dgn situasi ni lagi. Redah aje la.... Selagi daya, akn ku turut kan jua. :D

So, pagi aku akn menghadap sebegitu byk file dan cheque. Ptg pulak, dtg lah sakit2 kepala lepas sengal2 bdn angkat file kn. Tpi, dlm byk2 benda aku paling suka buat kje yg petang ni. Knp? Sbb kerja yg aku buat ni merupakan subjek kegemaran aku waktu kt poli dulu. Hahaha. Bru2 lagi tak bape byk sgt. Seronok je rase buat. Tgk lah kang dah selalu ngadap, selalu sakit kepala, mau fedup jgk.

Papepun, setiap tempat kerja tuu ade kelebihan dan kekurangannya. Yang penting niat kita tuu. InsyaAllah, kita akn rasa seronok je buat kerja walaupun kne marah teruk. Heeeee. Aku pn ade pengalaman jugak psl kne marah ni kt tmpt skrg tpi tak rse mcm nk cerita lah. Hahaha, nnti2 lah sambung. :)

P/S: Ohh bohati... Sudikah kome membawa mike ke Fraser Hill? Waaahhhhh, gitu kn. Kerlassss sgt. Hahaha. Gurau je wakk... *kenyit mata* ;)